Monday, November 23, 2009

TIPS & PANDUAN


INFO: Tip pemakaian jubah dan jubah seluar
• Tudung berbunga perlu disesuaikan dengan jubah tidak bercorak. Begitu juga sebaliknya
• Warna tudung dan jubah perlu senada. Namun, warna tudung perlu lebih cerah berbanding jubah.
• Jubah dan jubah seluar boleh lebih sesuai dipakai dengan tudung dari kain fabrik licin seperti mortada, sifon dan creepe. Namun, tudung kain kapas seperti tudung bawal juga boleh disesuaikan.



Busana Muslimah: Tudung Dubai senang digayakan
Oleh Khadijah Muhamad Nordin


SEKALI pandang, mungkin ada yang terfikir cara pemakaian tudung itu sedikit remeh. Namun, bagi mereka yang sudah biasa menggayakannya, malah jika baru mencuba kali pertama sekalipun, cara pemakaian tudung Dubai memang agak mudah. Apatah lagi, ia boleh digayakan tanpa penggunaan kerongsang lantas tidak menjejaskan tekstur pakaian. Bahkan, bagi mereka yang mahu mengenakannya waktu berjalan jauh, ia cukup sesuai kerana tudung itu tidak perlu digosok.

Bagi sesetengah bentuk wajah pula, ia boleh digayakan tanpa pemakaian anak tudung kerana rekaannya yang terletak dan mudah membentuk pada wajah secara semula jadi. Rekaan serta jenis kain tudung Dubai nyata berbeza daripada kebanyakan rekaan tempatan. Ia lazimnya dihasilkan daripada dua fabrik berbeza iaitu fabrik untuk bahagian yang menutupi kepala dan satu lagi fabrik membentuk rekaan memanjang umpama selendang.Rata-rata bercorak abstrak, rona yang menghiasi tudung juga mudah dipadankan dengan rekaan pakaian semasa.

Bertudung sewaktu santai di hujung minggu atau melangkah ke pejabat dan majlis rasmi, rekaan tudung yang serba ringkas ini memang mempesona.

No comments:

Post a Comment