Monday, November 23, 2009

TIPS & PANDUAN


INFO: Tip pemakaian jubah dan jubah seluar
• Tudung berbunga perlu disesuaikan dengan jubah tidak bercorak. Begitu juga sebaliknya
• Warna tudung dan jubah perlu senada. Namun, warna tudung perlu lebih cerah berbanding jubah.
• Jubah dan jubah seluar boleh lebih sesuai dipakai dengan tudung dari kain fabrik licin seperti mortada, sifon dan creepe. Namun, tudung kain kapas seperti tudung bawal juga boleh disesuaikan.



Busana Muslimah: Tudung Dubai senang digayakan
Oleh Khadijah Muhamad Nordin


SEKALI pandang, mungkin ada yang terfikir cara pemakaian tudung itu sedikit remeh. Namun, bagi mereka yang sudah biasa menggayakannya, malah jika baru mencuba kali pertama sekalipun, cara pemakaian tudung Dubai memang agak mudah. Apatah lagi, ia boleh digayakan tanpa penggunaan kerongsang lantas tidak menjejaskan tekstur pakaian. Bahkan, bagi mereka yang mahu mengenakannya waktu berjalan jauh, ia cukup sesuai kerana tudung itu tidak perlu digosok.

Bagi sesetengah bentuk wajah pula, ia boleh digayakan tanpa pemakaian anak tudung kerana rekaannya yang terletak dan mudah membentuk pada wajah secara semula jadi. Rekaan serta jenis kain tudung Dubai nyata berbeza daripada kebanyakan rekaan tempatan. Ia lazimnya dihasilkan daripada dua fabrik berbeza iaitu fabrik untuk bahagian yang menutupi kepala dan satu lagi fabrik membentuk rekaan memanjang umpama selendang.Rata-rata bercorak abstrak, rona yang menghiasi tudung juga mudah dipadankan dengan rekaan pakaian semasa.

Bertudung sewaktu santai di hujung minggu atau melangkah ke pejabat dan majlis rasmi, rekaan tudung yang serba ringkas ini memang mempesona.

UNTUK PAPARAN BERSAMA

Kelebihan Berdoa Ketika Bersujud
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :-

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.“
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan
ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !“ Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka
( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

AURAT MUSLIMAH

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali diwangikan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

PENGETAHUAN UMUM/AM

Kategori Ukuran Tudung
Paras Bahu
- labuh menutup leher, sebahagian bahu

Menutup Dada
- labuh melepasi dada

Paras Pinggang
- labuh melepasi dada dan hampir mencecah pinggang

Jenis-jenis Tudung
Scallop - berpotongan bulat di hadapan dan belakang, ekslusif kerana sulaman / manik terdapat di bahagian hadapan dada serta di bahagian belakang. Potongan ini akan terbentuk scallop apabila dipakai .... sila lihat contoh koleksi ABO untuk lebih jelas. Labuh tudung menutup dada

Sisi Pipi - berpotongan dikiri-kanan pipi namun tidak mempunyai belah, bahagian belakang tudung lebih panjang daripada hadapan. Labuh tudung menutup dada.

Belah Samping - mempunyai belahan di bahagian belakang tudung, cara memakainya ialah dengan membawa bahagian belahan tudung di sisi bahu ..... sila lihat contoh koleksi PERMATA 17 untuk lebih jelas.

Belah Sisi - mempunyai belah di sisi bahu dan kemaskan samada dengan menggunakan brooch atau untuk koleksi bertali, tarikkan tali untuk membentuk kedutan di sisi bahu... sila lihat contoh koleksi KSSR untuk lebih jelas.

KOLEKSI TUDUNG MUSLIMAH



Tips Bertudung
Luruskan niat ketika bertudung. Yakinkanlah diri bahawa bertudung itu adalah perintah Allah dan merupakan sebahagian dari ibadah kepada-Nya.

Ikhlaskan hati dan hal ini akan memancarkan "inner beauty" anda ketika bertudung.
Pilihlah tudung sesuai dengan keperluan dan sesuaikan dengan busana muslimah yang akan dipakai.
Serasikan warna & model tudung dengan suasana dan aktiviti anda.
Gunakan tudung yang memiliki pola, design dan jahitan yang sesuai dengan bentuk muka anda, agar tidak mengganggu aktiviti anda seharian ketika dipakai.
Pilihlah jenis tudung sesuai dengan cuaca, jika dalam keadaan panas, pilih yang nipis dan yang agak tebal untuk cuaca sejuk dan dingin.
Untuk mendapatkan penampilan ceria, pilihlah warna atau corak yang terang.
Untuk kelihatan lebih anggun, gunakan tudung yang berwarna lembut atau gelap dari kain chiffon, bawal maupun sutera, ditambah dengan sulaman maupun manik yang tidak begitu menonjol.
Jika anda kesulitan memilih warna tudung maka pilihlah warna neutral (hitam, putih, coklat atau krim).
Pelbagaikan pemakaian tudung anda dengan tambahan bandana, brooch sesuai dengan pakaian anda.

TERHANGAT & TERLARIS DI PASARAN





KOLEKSI KURUNG KEDAH/KEBARUNG





Baju kurung kedah
Baju kurung Kedah dipercayai berasal dari selatan Thailand di mana wanitanya kini memakai baju berleher potongan bujur sireh. Ianya dikenakan bersahaja, ketika bekerja di rumah sebagai pakaian harian. Baju kurung Kedah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan keras. Baju ini dipadankan dengan kain batik sarung atau pelikat yang diikat ke depan dengan motif kepalanya di hadapan.

Baju kurung kebarung
Yang baju kebarung adalah kombinasi daripada baju kebaya dan baju kurung.

Hal ini adalah dalam bentuk baju kebaya dan mempunyai saiz baju kurung. Itu sebabnya ini disebut baju kebarung.

Yang baju kebarung bukan kostum tradisional Bahasa Melayu tetapi penciptaan masyarakat moden bahasa melayu. Masih sempurna untuk wanita dan mempunyai sentuhan Bahasa Melayu ditanamkan di dalamnya.

Ini desain dan warna menunjukkan identiti pemakainya. Warna kuning, biru muda, merah dll dan dihiasi bunga-bunga adalah kegemaran. Desain abstrak juga kegemaran kerana unik.